Posts

Surat Cinta

 Semakin hari... Semakin aku membaca surat cinta dariNya, semakin aku sedar aku sangat jauh daripadaNya. Realiti bukan fantasi.  Surat cinta yang menyentakkan aku dari nikmat dunia yang membuatkan aku tenggelam dan lalai dari menunaikan tanggungjawab yang sebenar.  Surat cinta itu ditulis dengan penuh kasih sayang dan kisah yang disulami dengan bait-bait kalam yang sungguh istimewa. Surat cinta yang penuh dengan janji yang haq (benar). Sarat dengan kisah yang pernah dan pengajaran yang pernah menimpa orang terdahulu.  Surat cinta dariNya.  Al-Quran. 

PPBI- Ulasan Makalah Penulisan Kreatif dalam Bahasa Inggeris.

Satu perkongsian telah ditulis oleh Melissa Donovan pada 2017 tentang 22 cara untuk menulis dengan baik bagi menghasilkan karya yang terbaik. Antaranya adalah kita hendaklah menulis dan banyakkan membaca. Hal ini kerana setiap penulis merupakan pembaca. Selain itu, kita mestilah mempunyai jurnal atau buku catatan untuk menulis dimana sahaja jika kita mempunyai idea yang baik pada ketika itu. Seterusnya, pastikan kita mempunyai kamus semasa menulis dan jadilah seorang yang suka memerhati keadaan sekeliling supaya menjadi inspirasi kepada karya penulisan. Tambahan pula, seorang penulis yang baik perlu belajar tatabahasa dengan baik dan membaca karya penulis yang berjaya.   Di samping itu, kita perlulah ada ruang untuk menulis setiap hari di kediaman sendiri. Penulisan yang baik bermula dari penulisan blog tentang pengalaman seharian. Kegagalan dalam menulis itu perlu kerana itulah permulaan kejayaan dalam bidang penulisan kreatif. Secara keseluruhannya, untuk menjadi penulis yang baik

Lembah

Lembah kesunyian yang hiba, si pendosa anuti. Sunyi pada kebisingan yang ada.  Dalaman mungkin. Melihat orang menjerit kegilaan seperti mahu terputus urat. Tapi sanubarinya kosong.  Burung merpati dilihat keriangan menikmati alam.  Manusia?  Seperti mahu cepat-cepat meninggalkan dunia ini.

Kakak

Darah yang mengalir di tubuh tiada henti sehingga malaikat Izrail datang mengambil nyawa.  DNA darah yang sama tidak akan terputus.  Badai yang datang, sampan kertas yang mempunyai batu yang kukuh tidak mampu untuk membenamkan ke dalam air laut.  Begitulah hubungan adik beradik yang bercakar badan dan bertikam lidah tidak akan membawa kepada perubahan setitis darah.

Jawapan

Image
Objektif atau subjektif.  Pemikiran minda seorang pendosa apabila ingin lontarkan jawapan.  Jawapan bagi semua persoalan yang terlukis di benak samudera yang sering belayar siang dan malam.  Sebelum itu, dia perlu memacakkan keberanian dalam dirinya.  Dia memutuskan untuk berkuda.  Dia selalu mendengar dengan menunggang haiwan yang menjadi satu kepentingan pada zaman perang Baginda dan Para Sahabat, dapat membuang perasaan yang buruk. Inisiatif.  Seolah-olah berada di dunia lain.  Falsafah berkuda.  Perasaan takut menghantui diri.  Kuda yang mampu menenggelamkan cahaya matahari daripada menembusi badan apabila berada di sebelahnya. Gagahkan jua.  Berjaya. Ya baru berjaya duduk.  Menunggang belum lagi.

Iris

Image
Kebiasaannya angin yang menderu menyapa mata dan meninggalkan kesan titisan airmata adalah pedih. Begitu juga apabila iris mata dibiarkan terbuka memberi laluan kepada air masin masuk dengan laju apabila berenang di alam duyung.  Terasa pedih. Kurniaan al-Khaliq yang membolehkan ciptaan-Nya melihat sesuatu bukan sahaja dengan iris mereka namun dengan qalb mereka.  

Hari

Image
Tiada hari yang awangannya indah belaka. Pasti akan ada hujan yang disambut dengan petir yang ditemani guruh. Sinar mentari yang hadir selepas rintik hujan pasti membiaskan cahaya untuk membentuk lengkungan warna warni. Indah. Begitu juga dengan kehidupan fana, laluinya dengan kalbu yang meronta namun terselit wadah yang akan mewarnai diri. 

Gambar

Satu kenangan yang indah apabila kita dapat dipotretkan dalam suatu filum bergambar. Di dalam gambar tersebut terdapat segaris senyuman yang indah secara kasarnya. Apabila dibedah senyuman di sebalik sebaris garis yang rapi, terdapat tragedis yang menimpanya secara batiniah. Di dalam gambar, setiap insan cuba untuk kelihatan riang ria untuk menyelimuti kedinginan yang pernah menimpa mereka. Kedinginan yang meruntun jiwa bagi siapa yang cuba meleraikannya. Sekeping gambar hanya kehidupan maya. 

Fantasi

Image
Fantasi di kelas dengan latar pemeragaan hujan di lautan. "Titisan air mula menitik di sepasang kaki yang ditenggelami hamparan pasir laut. Awan kolumunimbus mulai berat dan terus menjalarkan cahaya yang bersilih ganti di langit pertama. Ombak dan hujan menjadi satu dan terus memukul tinggi batu-batuan di gigi laut."

Emak

"Jaga akhlaknya" "Inshaa Allah, Mak" Tertanya-tanya juga kenapa mak selalu pesan begitu apabila mengiringi anaknya pulang ke kampus halaman. Anaknya pun berfikir, bukannya sekali dua mak berpesan begitu. Kadang-kadang juga sempat berpesan melalui mesej pesanan ringkas. Adakah mak si pendosa ini melihat sesuatu yang bakal terjadi terhadap anaknya pada masa hadapan? Naluri seorang bonda yang tidak dapat disangkal lagi sejak berada di alam rahim lagi. 

Dia

Tajuk yang berlegar di kotak fikiran si pendosa. Lantas disokong oleh sahabat yang seperti penyokong tegar bola sepak Johor Darul Takzim di Stadium Larkin.  Tambahan pula, dipersetujui oleh saudara darah daging yang mulutnya tidak kurang sepeti juruhebah bola sepak Piala Dunia.  Tajuk yang membawa kepada pengembaraan seorang pendosa di muka bumi yang akan berakhir suatu hari nanti. Dia atau dia.

Cinta

Image
Cinta tidak semestinya perlu dibelai dengan insan yang berlainan jantina.  Cinta yang hakiki itu pasti dapat dirasai nikmatnya daripada Al-Waduud. Mencari cinta yang kekal itu perlu kerana jodoh dengan ajal pastinya berlaku.  Mencari cinta yang sementara itu tidak seharusnya diulit dengan kelalaian kerana jodoh dengan manusia itu belum tentu. Si pendosa masih dalam pengembaraannya untuk bertemu cinta hatinya.  Adakah Dia dan siapakah dia?

Bangunan

Image
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kian memuncak dan hampir mencecah 200 di Selangor, Malaysia.  Bangunan pencakar langit tersergam indah apabila disapa angin segar dulunya, kini diselebungi jerebu yang tebal hingga menyesakkan jantung yang sempit.   Bau jerebu di dunia sahaja sudah menyesakkan si pendosa, apatah lagi bau asap api neraka.  Nauzubillah.  Moga Allah menurunkan hujan rahmat ke atas muka bumi yang panas ini.  Selebat-lebatnya untuk memberikan keamanan kepada hambaNya.  Dengan itu jugalah, ngalirkanlah airmata dosa dengan selebat-lebatnya kepada Dia supaya si pendosa dapat keamanan di Syurga.

Nafas Terakhir

Image
Hari ini dikejutkan dengan pemergian seorang rakan sebaya pulang ke rahmatullah.  Hari silih berganti, seorang demi seorang pergi buat selamanya dari dunia yang fana ini. Perpisahan yang dirindui selama-lamanya tanpa mengenal usia. Semoga roh orang muslim dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa di seantero dunia. "Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali" Al-fatihah. Almarhum/ah Nur Syafinaz binti Shafie Nur Izati binti Wahid Muhammad Azwa bin Jaamat