Posts

Showing posts from November, 2019

Jawapan

Image
Objektif atau subjektif.  Pemikiran minda seorang pendosa apabila ingin lontarkan jawapan.  Jawapan bagi semua persoalan yang terlukis di benak samudera yang sering belayar siang dan malam.  Sebelum itu, dia perlu memacakkan keberanian dalam dirinya.  Dia memutuskan untuk berkuda.  Dia selalu mendengar dengan menunggang haiwan yang menjadi satu kepentingan pada zaman perang Baginda dan Para Sahabat, dapat membuang perasaan yang buruk. Inisiatif.  Seolah-olah berada di dunia lain.  Falsafah berkuda.  Perasaan takut menghantui diri.  Kuda yang mampu menenggelamkan cahaya matahari daripada menembusi badan apabila berada di sebelahnya. Gagahkan jua.  Berjaya. Ya baru berjaya duduk.  Menunggang belum lagi.

Iris

Image
Kebiasaannya angin yang menderu menyapa mata dan meninggalkan kesan titisan airmata adalah pedih. Begitu juga apabila iris mata dibiarkan terbuka memberi laluan kepada air masin masuk dengan laju apabila berenang di alam duyung.  Terasa pedih. Kurniaan al-Khaliq yang membolehkan ciptaan-Nya melihat sesuatu bukan sahaja dengan iris mereka namun dengan qalb mereka.  

Hari

Image
Tiada hari yang awangannya indah belaka. Pasti akan ada hujan yang disambut dengan petir yang ditemani guruh. Sinar mentari yang hadir selepas rintik hujan pasti membiaskan cahaya untuk membentuk lengkungan warna warni. Indah. Begitu juga dengan kehidupan fana, laluinya dengan kalbu yang meronta namun terselit wadah yang akan mewarnai diri.