Posts

Showing posts from September, 2019

Dia

Tajuk yang berlegar di kotak fikiran si pendosa. Lantas disokong oleh sahabat yang seperti penyokong tegar bola sepak Johor Darul Takzim di Stadium Larkin.  Tambahan pula, dipersetujui oleh saudara darah daging yang mulutnya tidak kurang sepeti juruhebah bola sepak Piala Dunia.  Tajuk yang membawa kepada pengembaraan seorang pendosa di muka bumi yang akan berakhir suatu hari nanti. Dia atau dia.

Cinta

Image
Cinta tidak semestinya perlu dibelai dengan insan yang berlainan jantina.  Cinta yang hakiki itu pasti dapat dirasai nikmatnya daripada Al-Waduud. Mencari cinta yang kekal itu perlu kerana jodoh dengan ajal pastinya berlaku.  Mencari cinta yang sementara itu tidak seharusnya diulit dengan kelalaian kerana jodoh dengan manusia itu belum tentu. Si pendosa masih dalam pengembaraannya untuk bertemu cinta hatinya.  Adakah Dia dan siapakah dia?

Bangunan

Image
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kian memuncak dan hampir mencecah 200 di Selangor, Malaysia.  Bangunan pencakar langit tersergam indah apabila disapa angin segar dulunya, kini diselebungi jerebu yang tebal hingga menyesakkan jantung yang sempit.   Bau jerebu di dunia sahaja sudah menyesakkan si pendosa, apatah lagi bau asap api neraka.  Nauzubillah.  Moga Allah menurunkan hujan rahmat ke atas muka bumi yang panas ini.  Selebat-lebatnya untuk memberikan keamanan kepada hambaNya.  Dengan itu jugalah, ngalirkanlah airmata dosa dengan selebat-lebatnya kepada Dia supaya si pendosa dapat keamanan di Syurga.

Nafas Terakhir

Image
Hari ini dikejutkan dengan pemergian seorang rakan sebaya pulang ke rahmatullah.  Hari silih berganti, seorang demi seorang pergi buat selamanya dari dunia yang fana ini. Perpisahan yang dirindui selama-lamanya tanpa mengenal usia. Semoga roh orang muslim dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa di seantero dunia. "Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali" Al-fatihah. Almarhum/ah Nur Syafinaz binti Shafie Nur Izati binti Wahid Muhammad Azwa bin Jaamat