PPBI- Ulasan Makalah Penulisan Kreatif dalam Bahasa Inggeris.


Satu perkongsian telah ditulis oleh Melissa Donovan pada 2017 tentang 22 cara untuk menulis dengan baik bagi menghasilkan karya yang terbaik. Antaranya adalah kita hendaklah menulis dan banyakkan membaca. Hal ini kerana setiap penulis merupakan pembaca. Selain itu, kita mestilah mempunyai jurnal atau buku catatan untuk menulis dimana sahaja jika kita mempunyai idea yang baik pada ketika itu. Seterusnya, pastikan kita mempunyai kamus semasa menulis dan jadilah seorang yang suka memerhati keadaan sekeliling supaya menjadi inspirasi kepada karya penulisan. Tambahan pula, seorang penulis yang baik perlu belajar tatabahasa dengan baik dan membaca karya penulis yang berjaya.  Di samping itu, kita perlulah ada ruang untuk menulis setiap hari di kediaman sendiri. Penulisan yang baik bermula dari penulisan blog tentang pengalaman seharian. Kegagalan dalam menulis itu perlu kerana itulah permulaan kejayaan dalam bidang penulisan kreatif. Secara keseluruhannya, untuk menjadi penulis yang baik perlu sentiasa menulis setiap masa dan dimana sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Bangunan

Emak